Pendahuluan

Melalui penubuhan empat belas (14) unit Makmal Data Raya di kampus-kampus di UiTM dijangka akan membantu negara dalam meningkatkan jumlah data profesional dalam bidang analitik data raya di Malaysia.

Program ini dijangka akan menghasilkan seramai 2,340 bakat analitik data raya setahun yang mana sekurang-kurangnya seramai 180 orang perlu dihasilkan di setiap Fakulti/Kampus UiTM setahun.

DataCamp adalah satu platform pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dalam bidang sains data. Platform ini menawarkan trek dan modul dalam bidang sains data termasuk analitik data raya yang boleh diikuti menggunakan platform Massive Online Open Course (MOOC).


Nama Program

Program Pembangunan Bakat Analitik Data Raya – “Data Analyst With R” & “Python Programming”
Siri Ke-3


Objektif

  • memberi pendedahan kepada para pelajar platform pembelajaran atas talian Datacamp
  • memberi pendedahan kepada para pelajar pengatucaraan R dan Python di dalam analisa data raya
  • melahirkan lebih ramai graduan yang mahir di dalam bidang analitik data raya di Malaysia

Penganjur

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kedah.


Maklumat Program

Data Analyst with R
Tarikh: 15 Julai 2019 - 5 Ogos 2019 (16 hari - kecuali cuti hujung minggu) **

Python Programmer
Tarikh: 15 Julai - 28 Julai, 2019 (16 hari - kecuali cuti hujung minggu) **

Tempat: Makmal Big Data, UiTM Cawangan Kedah

** Tertakhluk kepada perubahan bergantung kepada tarikh akhir pelajar menduduiki peperiksaan akhir.

Cara Pembelajaran
Pembelajaran dilakasanakan di dalam 2 mode:

  1. Face-to-Face - 2 hari pertama tarikh program diadakan, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, bertempat di Makmal Big Data, UiTM Kedah.
  2. Self Online Learning - pembelajaran secara atas talian (dikawal selia oleh fasilitator).

Peserta perlu habiskan semua modul mengikut trek pilihan di dalam tempoh masa yang ditetapkan


Yuran dan Pendaftaran

Yuran penyertaan ada RM200 untuk trek pertama yang didaftar sahaja.
Pendaftaran boleh dibuat secara online dengan mengisi Google Form di pautan berikut: Klik Untuk Mendaftar.
Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran adalah pada 30hb Jun, 2019.
Pelajar yang telah mendaftar dikehendaki membuat bayaran deposit sebanyak RM50 sebelum atau pada tarikh 30 Jun, 2019 dan selebihnya dibayar pada 15 Julai, 2019.
Bayaran deposit boleh dibuat terus secara tunai kepada Encik Kamarul Ariffin Mansor, Blok Akademik 2, Bilik A2-1020. Resit rasmi pembayaran akan dikeluarkan apabila bayaran penuh telah dibuat pada 15 Julai 2019.

Yuran RM200 yang dikenakan termasuk:
1. Sesi ‘face-to-face’ bersama fasilitator selama 2 hari (minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan)
2. Penggunaan Makmal Big Data sepanjang kursus dari 8 pagi - 5 petang kecuali pada cuti hujung minggu.
3. Pembelajaran percuma bagi semua modul bagi trek pilihan pelajar (R atau Python).
4. Sijil tamat kursus yang diiktiraf oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Nota Perbandingan kursus yang sama di organisasi luar
Kursus
Kos

Penceramah / Fasilitator

Kamarul Ariffin Mansor (R Software)
Dr. Taniza Tajuddin (Python)


Peserta

  • Peserta adalah terdiri dari pelajar semester 3 dan ke atas di peringkat Diploma dan Sarjana Muda UiTM.
  • Pelajar tahun akhir dan pelajar yang akan melaksanakan Latihan lndustri pada semester berikutnya adalah digalakkan.
  • Pelajar Pascasiswazah juga dibolehkan mengikuti program ini.
  • Peserta yang lulus pada Ujian Saringan yang dilaksanakan dalam talian.

Jawatankuasa

Penaung: Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid (Rektor)
Penasihat I: Dr. Abdul Majeed Ahmad (Timbalan Rektor HEA)
Penasihat II: Dr. Wan Irham Ishak
Pengurus Program:
1. Kamarul Ariffin Mansor
2. Dr. Taniza Tajuddin


Trek dan Modul

Data Analyst with R

UiTM Kedah akan mengendalikan TREK Data Analyst with R dimana bersesuaian dengan majoriti pelajar yang mengambil jurusan pengurusan dan sains sosial. Program ini akan berjalan selama 16 hari (1 hari 1 kursus/modul)

Trek ini diajar kaedah menggunakan kemahiran pengaturcaraan untuk mengumpulkan data (data wrangling) dan membina alatan (tool development) untuk analisa data. Modul yang terlibat adalah:

  1. Introduction to R
  2. Intermediate R
  3. Introduction to The Tidyverse
  4. Importing Data in R (Part 1)
  5. Importing Data in R (Part 2)
  6. Cleaning Data in R
  7. Importing & Cleaning Data in R: Case Study
  8. Data Manipulation in R With dplyr
  9. Joining Data in R with dplyr
  10. Data Visualization with ggplot2 (Part 1)
  11. Sentiment Analysis in R: The Tidy Way
  12. Introduction to Data
  13. Exploratory Data Analysis
  14. Exploratory Data Analysis in R: Case Study
  15. Correlation & Regression
  16. Reporting with R Markdown

Python Programming

Python Program dimana bersesuaian kepada pelajar yang mengambil bidang teknikal seperti Sains Komputer. Program ini akan berjalan selama 10 hari (1 hari 1 kursus / modul). Programmer Python menggunakan kemahiran pengaturcaraan mereka untuk membantah data dan membina alat untuk analisis data. Modul yang perlu dipelajari adalah:

  1. Introduction to Python for Data Science
  2. Intermediate Python for Data Science
  3. Python Data Science Toolbox (Part 1)
  4. Python Data Science Toolbox (Part 2)
  5. Importing Data in Python (Part 1)
  6. Importing Data in Python (Part 2)
  7. Cleaning Data in Python
  8. pandas Foundations
  9. Manipulating DataFrames with pandas
  10. Introduction to Databases in Python

Pensijilan Profesional Program

Peserta yang telah lulus dan berjaya memenuhi semua pentaksiran dan berjaya menyelesaikan bagi setiap modul/kemahiran yang diperlukan di dalam Trek akan mendapat Sijil Tamat Trek dan Sijil Tamat setiap modul.

Contoh Sijil

Galeri

Interactive Dashboard Creation using R


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan program, sila hubungi:

Kamarul Ariffin Mansor
Faculty of Computer and Mathematical Sciences
UiTM Kedah Branch Campus
Email:
HP: +60124336901